Nazrul Izam CEO FELCRA yang ‘lemah’ bakal dilantik CEO FGV baharu?

Sejak zaman BN memerintah hinggalah PH mengambil alih kerajaan bermacam-macam usaha dilakukan untuk memulihkan FGV. Paling cepat usaha Dr Mahathir ketika sebagai PM 7 ialah cubaannya menjual FGV kepada taikun Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berikutan hutang yang ditanggung syarikat itu terlalu besar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Cara kebiasaan Tun M sejak PM 4 ialah hartanah dijual kepada pihak swasta yang mampu membangunkannya, sekali gus memberi pulangan kewangan kepada kerajaan.

Tahun 2021 FGV Holdings Bhd mengumumkan mencatatkan kerugian bersih RM35.42 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2021, prestasi yang dianggap lebih baik berbanding kerugian bersih RM142.35 juta pada suku sama tahun lalu.

Itulah FGV rugi dan terus dirombak demi rombakan. Malah usaha FELDA mengambil alih 90 peratus kepentingan untuk menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian tidak berjaya pada mac lalu.

Pemangku CEO FGV

Januari 2019 di bawah PH FGV Holdings Bhd melantik Datuk Haris Fadzilah Hassan sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan menggantikan Datuk Zakaria Arshad. Namun 11 Mei 2021 di bawah kerajaan PN FGV Holdings Bhd (FGV) melantik Azman Ahmad sebagai pegawai bertugas untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa 16 Mei 2021.

Azman yang juga Pengarah Bahagian Kumpulan Logistik dan Perniagaan Sokongan (LSB), yang dipegangnya sejak 1 Januari 2017 akan meneruskan jawatan itu.

FGV terus tidak berdaya saing malah skandal rasuah juga terus berleluasa yang menguntungkan kroni antaranya ada ahli Lembaga Pengarahnya kaya raya kerana bersekongkol Syarikat SAID menipu syarikat Jepun eksport Palm Kernell Shell (PKS). Syarikat SOUTH ASIA INTERNATIONAL DISTRIBUTION SDN.BHD (SAID) untung berjuta-juta memperdayakan syarikat Jepun kononnya produk mereka daripada FGV.

CEO Felcra bakal dilantik CEO FGV?

Terbaru FGV bakal mendapat CEO Felcra yang dilantik PH dahulu iaitu Mohd Nazrul Izam Mansor sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) FGV baharu yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Sebelum ini Datuk Nageeb Wahab yang kontroversi dikaitkan pelantikan cadangan Teresa Kok DAP dan 3 lagi Ahli Lembaga Pengarah baharu Felcra ketika itu iaitu Datuk Maznah Abdul Jalil, Dr Suzana Idayu Wati Osman dan Mohd Salem Kailany lantikan PH semuanya diarahkan meletakkan jawatan. Kecuali CEO Mohd Nazrul Izam Mansor meneruskan khidmatnya.

Di bawah pentadbiran Nazrul Felcra ditadbir secara biasa. Tidak ada yang membanggakan sangat. Bagaimanapun ketika PH berkuasa beliau menjalankan arahan PH untuk bekerjasama bersama SPRM dizaman Latheefa Koya untuk mengheret Bung Moktar Radin bekas pengerusi Felcra dalam projek biogas yang kontroversi disember 2019.

loji biogas

Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Mohd Nazrul Izam Mansor ketika itu mendedahkan bahawa pengurusannya telah melaporkan projek biogas kepada SPRM pada tahun 2018 selepas menjalankan audit pengurusan dengan menjelaskan seramai 13 individu telah diambil keterangan oleh SPRM dan sejumlah dokumen juga telah dirampas. Felcra Bhd telah memeterai perjanjian dengan Megagreen Energy Sdn Bhd pada Disember 2014 bagi Megagreen memajak tanah milik Felcra untuk “membangun, membiayai, membina, memiliki, mengendali dan menguruskan secara terus” lima loji biogas.

Selepas lima tahun perjanjian dimeterai Felcra membangkitkan persoalan berhubung projek biogas itu walaupun rekod syarikat menunjukkan Megagreen telah menerima RM35.25 juta pinjaman daripada RHB Islamic Bank Bhd pada Jun 2015. Pinjaman itu belum habis dibayar setakat Oktober 2019. Sementara itu projek biogas itu tidak siap dan tidak beroperasi. Bagaimanapun tiada bukti lengkap dan pertuduhan terhadap Bung Moktar terhadap dakwaan salahlaku projek itu.

Kini Nazrul akan mengambil alih FGV Holdings yang sedang kerugian. Dengan pencapaian hambarnya di FELCRA bolehkah beliau memulihkan FGV yang sedang nazak itu?

Apakah orang dalam FGV dan FELDA setuju Nazrul sebagai CEO yang baharu? mampukah beliau menstruktur semula FGV yang bertambah malap ini apatah lagi barisan Lembaga Pengarahnya sedang merompak FGV! Mampukah beliau bekerjasama dengan Azman Ahmad pemangku CEO FGV sekarang?

Leave a comment