Muhyiddin kantoi terima wang rasuah UKSB RM1.3juta bukan tarikh rawatan kanser

Apa yang bakal dijangka telah berlaku apabila syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) milik ahli perniagaan David Tan Siong Sun, Harry Tan dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani (Wan Badak- budak KJ) mendedahkan ramai Menteri dan bekas menteri menerima dana daripada UKSB.

Muhyiddin dikatakan menerima RM1.3 juta daripada daripada syarikat itu pada 2018. Begitu Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin RM3.7 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) dan beberapa pemimpin lain

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Siong Sun berkata, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menerima sumbangan wang tunai RM300,000 pada 4 Jun 2018; RM500,000 (4 Julai 2018) dan RM500,000 (23 Ogos 2018) berdasarkan buku lejar syarikat itu. Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata, kod nama ‘TSM’ dalam lejar ialah Tan Sri Muhyiddin, manakala ‘Team Pagoh’ adalah nama projek.

Bagaimanapun Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan pernah menerima sebarang wang tunai daripada syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB).

Dalam satu kenyataan Ahli Parlimen Pagoh itu menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh wakil UKSB tersebut kepada pihak mahkamah, dalam perbicaraan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, kononnya UKSB memberikan wang tunai kepada beliau, adalah palsu.

“Saya dimaklumkan tentang keterangan mahkamah yang diberikan seorang pengurus pentadbiran UKSB yang terlibat dalam kes sogokan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Kononnya, syarikat tersebut telah memberikan wang tunai sebanyak RM1.3 juta kepada saya di antara bulan Jun dan Ogos 2018. 

“Ini memberikan gambaran saya juga menerima sogokan. Pernyataan ini adalah palsu. Saya dengan tegasnya menafikan pernyataan tersebut,” katanya.

Menjelaskan lanjut, Muhyiddin berkata, sepanjang tempoh yang mana beliau didakwa menerima wang tunai dari UKSB, sebenarnya ketika itu beliau sedang menjalani pembedahan kanser.

“Pada masa itu, saya menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama beberapa bulan untuk rawatan lanjut. Tugasan saya sebagai Menteri Dalam Negeri telah diambil alih oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu. Hal ini tersebar luas dalam media massa,” katanya.

Kata beliau lagi, malah adalah mustahil beliau yang waktu itu sedang menjalani rawatan di sebuah hospital luar negara, boleh menerima sebarang sogokan wang tunai daripada sesiapa dalam keadaan sebegitu.

Muhyiddin menggunakan tarikh rawatannya sebagai alibi tidak terlibat tuduhan terima rasuah 1.3 juta. Namun menurut seorang pengguna Facebook Mohd Fadzil dalam tulisannya mendedahkan banyak keraguan pada alasan itu.

Muhyiddin didakwa menerima dana tersebut kurang sebulan kembali ke Putrajaya sebagai Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei 2018. …

Muhyiddin bermain tarikh kononnya pada tarikh tersebut dia sedang menjalani rawatan dan mustahil dia terima wang rasuah dalam keadaan dirawat tetapi yang diberitahu saksi adalah 3 tarikh Muhyiddin terima duit iaitu bukan tarikh rawatan! iaitu;

4/6/2018 TSM terima 300,000.00

4/7/2018 TSM terima 500,000.00

23/8/2018 TSM terima 500,000.00

Muhyiddin dalam kenyataan di FB nya tidak menyatakan tarikh mana dia sedang berubat? Adakah tarikh-tarikh di atas?

Semakan menunjukkan Muhyiddin dibenarkan keluar dari Hospital Mount Elizabeth pada 7 ogos sedang tarikh dinyatakan saksi adalah 28 ogos.

Kemudian dinyatakan Muhyiddin mula menjalani rawatan bermula dari 12 julai sedangkan tarikh dinyatakan saksi adalah 4 julai iaitu 8 hari sebelum

Apakah terjadi pada tarikh 4 jun adakah Muhyiddin dalam sesi rawatan? siapa ambil wang ini? Muhyiddin sendiri, pegawai atau menantunya Datuk Muhamad Adlan Berhan yang pernah kontroversi terlibat dengan projek National Immigration Integrated System (NIIS) bernilai RM1.2 bilion Iris Corp Berhad disember 2020

Menantu kesayangan..

Jelas terbukti ketiga-tiga tarikh tersebut ternyata Muhyiddin bukan dalam sesi rawatan. Namun sebaliknya. Alasan tidak menerima wang atas kerana rawatan juga meragukan kerana sesiapa juga pegawai atau ahli keluarga Muhyiddin boleh menerima wang itu.

Pen drive 8GB milik David Tan Siong Sun mengungkit banyak rahsia lain yang akan terus mengejutkan rakyat minggu depan.

Oleh itu adalah wajar Muhyiddin dibawa kepada siasatan SPRM dan jika benar dana itu diambil Muhyiddin sepatutnya didakwa sebagaimana Zahid Hamidi.

1 Comment

Leave a comment