Lagi bukti Hakim Nazlan berkepentingan di maybank, 1MDB, kes wajar digugurkan

Sebelum ini beberapa dokumen bertulis Maybank Investment Bank Bhd didedahkan penglibatan kepentingan Hakim  Datuk Nazlan menerima wang daripada Jho Low hasil wang 1MDB.

Hari ini sekali lagi butiran dokumen melibatkan Hakim Nazlan tular dilaman sosial dan aplikasi whatapps.

Dalam masa sama Peguam Najib terus berusaha membatalkan keputusan Nazlan sebelum ini yang difailkan di mahkamah Selasa lalu .

Ternyata jelas dalam dokumen itu nama-nama yang menghadiri mesyuarat dalaman Maybank melibatkan  urusan dengan 1MDB dan ditandatangani oleh Hakim Nazlan sendiri.

nazlan maybank1

Persoalan besar ialah Mengapa Nazlan tidak pernah mendedahkan atau isytihar bahawa dia terlibat dalam 1MDB? Mengapa beliau terus kekal sebagai hakim. Sedangkan dalam kes-kes yang jelas sebelum ini Hakim sendiri menarik diri

Hakim-hakim menarik diri daripada mendengar kes 1MDB kerana firma guaman mereka telah terlibat dengan 1MDB walaupun hakim sendiri mengatakan mereka tidak pernah terlibat secara peribadi dalam urusan tersebut.

Bagaimana dengan kes Hakim Nazlan yang memang terlibat secara peribadi dalam urusan perniagaan 1MDB?

Cuba lihat bagaimana hakim-hakim ini menarik diri.

1. Pesuruhjaya kehakiman Quay Chew Soon menarik diri daripada saman sivil 1MDB terhadap Najib kerana beliau pernah berkhidmat di Tetuan Skrine sebelum pelantikannya sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 2019 dan Tetuan Skrine sebelum ini telah memberi nasihat kepada salah seorang defendan dalam kes itu iaitu  Deutsche Bank berkenaan dengan kiriman wang kepada firma perbankan luar negara Coutts & Co Ltd dan JP Morgan Ltd walaupun beliau tidak terlibat secara peribadi.

2. Pesuruhjaya kehakiman Liza Chan Sow Keng menarik diri daripada saman sivil 1MDB terhadap Najib kerana menganggap dirinya rakan Najib walaupun tidak berhubung selama bertahun-tahun.

3. Pesuruhjaya Kehakiman Adlin Abdul Majid menarik diri daripada saman sivil 1MDB terhadap Najib kerana beliau pernah menjadi rakan kongsi dalam firma guaman Tetuan Lee Hishamuddin Allen & Gledhill yang sebelum ini menerima arahan untuk bertindak bagi 1MDB dalam prosiding berkaitan tertentu, antara lain dipetik.  sebab.

 4. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Arifin menarik diri daripada saman sivil SRC terhadap Najib kerana penglibatannya sebelum ini sebagai rakan kongsi dalam firma guaman tempatan yang telah melakukan kerja untuk SRC walaupun dia tidak terlibat secara peribadi.

Majlis Peguam pro PH  sebelum ini pernah mendesak hakim asal SRC menarik diri atas dakwaan hakim adalah adik kepada Exco kerajaan negeri Pahang dan ADUN Umno Benta Mohd Soffi Abdul Razak.

 Kata Majlis Peguam

 “Kedaulatan undang-undang menuntut bahawa keadilan bukan sahaja mesti dilakukan tetapi ia mesti dilihat secara nyata dilaksanakan.”

Jadi bagaimana dengan Hakim Nazlan sekarang tang terbukti atas segala apapun terkait dengan kes 1MDB? Dan mengapa apabila peguam Najib memfailkan untuk membatalkan keputusan Nazlan dalam perbicaraan SRC yang memetik konflik kepentingan yang serius selepas meyakinkan bukti baharu (termasuk e-mel) menunjukkan bahawa Nazlan bukan sahaja Ketua Peguam Undang-undang dan Setiausaha Syarikat Maybank tetapi telah mengambil bahagian secara aktif dalam pertunangan di mana  Maybank telah menasihatkan 1MDB untuk menubuhkan SRC dan dilantik untuk menubuhkan SRC (dan membayar yuran RM800k)

Leave a comment