Maimun Ketua Hakim Negara, suami diharamkan pijak kaki ke Istana Negeri Kelantan ?

Sekalipun Ketua Hakim Negera berasal dari Kelantan tetapi Sultan Kelantan tidak mahu bertemu dengannya.

Terdapat sumber mengatakan dua nama disenarai hitam dan diharamkan dari menjejakkan kaki ke Istana Kelantan ialah seorang pemimpin politik yang sekarang bergelar Menteri. Semua pun tahu era beliau bertelagah dengan Sultan sekitar tahun 1993 ketika pindaan perlembagaan menghapuskan kekebalan keluarga diraja. Tak perlu sebut nama semua tahu.

Nama kedua yang disenarai hitam ialah Tengku Maimun Tuan Mat Ketua Hakim Negara sekarang terkait isu suaminya Datuk Zamani Ibrahim ‘budak Eussof Chin’ bekas Ketua Hakim Negara dari tahun 1994 hingga ke tahun 2000. 

Zamani merupakan antara Peguam kepada Tun Mohd Eusoff Chin ketika kecoh skandal video VK Linggam mengenai campur tangan pelantikan hakim oleh Dr Mahathir Mohammad.

Klip video didedahkan kepada umum pada 19 Sept 2007, mengenai perbualan tahun 2002 mencetuskan isu mengenai campur tangan pelantikan Hakim zaman Tun Dr Mahathir. Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk menyiasat kes itu.

Nama hakim disebut adalah Ahmad Fairuz menjadi presiden Mahkamah Rayuan pada Disember 2002. Pada 2003, Ahmad Fairuz menjadi ketua hakim negara.

Lingam mendakwa dia sudah berunding dengan Eusoff berhubung pelantikan hakim. Begitu juga telah menyuruh ahli perniagaan Vincent Tan dan Tengku Adanan Tengku Mansor yang merupakan timbalan menteri ketika itu “berbisik” kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Antara dialog terkenal ialah

“Tidak, jangan bimbang, Datuk, saya tahu berapa banyak anda bersusah payah untuk Eusoff Chin. Dan Tun kata Datuk Ahmad Fairuz setia 110 peratus. Kita mahu pastikan kawan-kawan kita ada demi perdana menteri dan demi negara ini…

“Anda sudah banyak bersusah payah, banyak yang anda lakukan – untuk petisyen pilihan raya, Wee Choo Keong, semuanya. Betapa banyak, tak ada sesiapa yang akan lakukan semua ini,” kata Lingam kepada Ahmad Fairuz dalam rakaman itu.

Tun M lantik Tengku Maimun Tuan Mat

Itu apa yang disebut dalam skandal VK Lingam. Dan Tun M meneruskan usaha mempengaruhi hakim apabila pada Mei 2019 Tun M melantik Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebagai Ketua Hakim Negara

Mungkin juga kerana rasa terima kasih Tun M kepada suami Maimun Datuk Zamani yang banyak menolong dalam Tun Eussof Chin ketika kontroversi RCI Video Lingam.

Sekalipun kerajaan bertukar kepada PN dan campuran BN Maimun sebagai Ketua Hakim Negara terus setia dengan Tun M. Kes Najib adalah kes yang telah diputuskan lebih awal untuk memenjarakan Najib. Segala rayuan dan penangguhan Najib semua ditolak oleh Tengku Maimun

Patutlah Sultan Kelantan sangat membenci Tengku Maimun walaupun berasal dari Ketua Hakim Negara dari Kelantan tetapi diharamkan mengadap Sultan Kelantan.

Apakah kesalah besar Tengku Maimun sehingga larang keras memijak istana itu? Asasnya dikaitkan dengan Datuk Zamani suami Maimun. Mungkin perangai Maimun dan suaminya Zamani itu yang menjijikkan sebagaimana beliau sekarang yang kejam tiada perikemanusian.

Kepentingan Zamani – kebencian kepada Najib

Baru-baru ini kecoh Datuk Zamani masuk ke dalam mahkamah dan merakan perbicaraan kes Najib namun tidak dilarang oleh Ketua Hakim atau petugas mahkamah. Zamani dibenarkan merakam secara berleluasa.

Maka tidak hairan afidavit Najib terbaru sebelum keputusan mahkamah dibuat ialah menyingkirkan Maimun mendengar kes itu memandangkan suaminya Zamani secara peribadi memang menentang Najib sejak Mei 2018 lagi.

Persoalan lain mengapa suami Tengku Maimun tidak didakwa di mahkamah jika benar beliau bersalah membuat rakaman? Mengapa orang lain diberi amaran dan dedenda

Keputusan kes Najib lebih awal dibuat

Ada yang berpendapat berbicaraan rayuan Najib terakhir hanyalah wayang Tengku Maimun. Penolakan demi penolakan permohonan Najib menunjukkan keputusan  telah dibuat lebih awal mensabitkan Najib bersalah.

Ini terbukti dan disahkan Ketua Pendaftar Mahkamah sendiri bahawa ada pihak di membocorkan kertas penghakiman itu kepada Raja Petra pemilik portal malaysiatoday bertajuk “Najib’s Razak SRC Appeal: The Judgement” yang  mengandungi kertas penghakiman yang hampir sama denga apa yang diumumkan oleh Tengku Maimun.

Persoalannya siapa mendedahkan? Dokumen itu?

Leave a comment