Memalukan, Rupanya Dia Pejuang Kumpulan LGBT Di Malaysia

Jika membaca posting di CodeBlue, ramai rakyat Malaysia yang beranggapan orang yang menulisnya itu adalah seorang yang begitu professional dan sudah lama dan bidang kesihatan. Banyak kritikan tentang dasar dan polisi kesihatan di Malaysia. Banyak hentam daripada membina.

Namun sebaliknya, ramai yang tidak tahu yang penulis CodeBlue ini adalah seorang pejuang kumpulan LGBT di Malaysia. Dalam satu tweet pada 21 Ogos 2022, Boo Su-Lyn menulis

“Same sex marriage still not permitted in Singapore, but decriminalizing sex between men is still a huge step forward for gay dan LGBT rights. Hope in Malaysia will also follow soon”

Boo Su-Lyn berharap pada satu hari perkahwinan antara lelaki dengan lelaki dan golongan LGBT juga dibenarkan. Amat ironis sekali dengan posting di CodeBlue yang bertemakan “Health is Human Right”.

Ya memang kesihatan itu wajib bagi setiap orang, namun bila mengharapkan agar budaya LGBT dan gay diamalkan sepenuhnya di negara ini, itu bukanlah sesuatu hak yang normal bagi semua rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, Boo Su-Lyn juga pernah artikel-artikel berkaitan dengan hubungan seks secara terbuka dan terlalu bebas. Ini sebenarnya bukan budaya di negara ini. Di sebuah negara Islam, harapan untuk menjadikan negara ini bebas kepada golongan gay, LGBT dan seks bebas adalah salah sama sekali.

Lihatlah sendiri apa yang Boo Su-Lyn ini tulis. Amat memalukan sekali tweet yang ditulis pada 16 September 2022 ini. Jika seorang wanita yang berpegang kuat pada adat dan susila budaya timur, dia tidak akan tulis sebegini, betul tak? Baca sini ;

Bukan setakat itu sahaja, Boo Su-Lyn juga adalah penyokong kuat agar pesta arak yang dikenali sebagai Oktoberfest diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada Ogos tahun ini. Dalam gambar di atas, Boo Su-Lyn sendiri menyerahkan petition online agar pesta tersebut boleh diadakan kepada pihak berkuasa tempatan di Petaling Jaya.

Boo Su-Lyn juga turut mengecam Crackhouse Comedy bila tidak membela dan mempertahankan Siti Nuramira yang membuat lawak melampau dalam restoren tersebut. Siti Nuramira mengaku sebagai seorang Melayu Islam dan menghafal Al Quran, kemudian selepas buat pengakuan tersebut, Nuramira terus melondehkan bajunya. Lawak sebegini yang Boo Su-Lyn suruh pertahankan?

Itu pun masih ada lagi MP Pakatan Harapan yang hendak guna idea pejuang LGBT ini untuk bercakap dalam parlimen. Ahli Parlimen DAP Kuching sering mengambil tulisan Boo Su-Lyn sebagai rujukannya, serta CodeBlue juga sering menyiarkan berita mengenai ahli parlimen DAP Kuching tersebut.

Dalam sessi parlimen kali ini, Boo Su-Lyn dijangka akan hadir lagi ke parlimen untuk berlegar-legar bercakap pandai tentang isu kesihatan. Jika mengikut peraturan media, Boo Su-Lyn tidak layak berlegar-legar di mana mana “Press Conference” atas nama media, ini kerana CodeBlue hanyalah sekadar blog sahaja.

Kali ini, ahli parlimen PH terutamanya wakil DAP dari Kuching ini dijangka akan berbahas banyak perkara mengenai soal kesihatan di parlimen. Ideanya datang daripada seorang yang merupakan seorang pejuang LGBT dan Gay. PH dan DAP bila bercakap di parlimen, mereka bercakap bagi pihak rakyat atau pejuang LGBT dan Gay?

Leave a comment