Wan Badak, David Tan Siong Sun UKSB mengaku beri rasuah RM3.7 juta kepada KJ

Wan Badak kata RM200,000 tapi David Tan kata

13 jun lalu Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani (Wan Badak) pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pihaknya ada menyalurkan sumbangan kepada Umno Bahagian Rembau yang ketika itu Khairy Jamaluddin merupakan Timbalan Ketua Bahagian.

Menurut Wan Quoris sumbangan antara RM50,000 dan RM200,000 untuk bantuan politik, bencana serta aktiviti kemanusiaan itu, tidak diberikan secara terus kepada bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang lebih dikenali sebagai KJ.

 “Bantuan politik kepada KJ bukan sahaja di peringkat bahagian, ia juga peringkat nasional kerana ketika itu dia adalah ahli politik peringkat nasional.

“Sebagai contoh jika berlaku bencana dan sebagainya saya akan bantu, untuk program bantuan kemanusiaan, kalau ada Pilihan Raya Kecil (PRK) saya akan bantu juga,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-16 itu juga berkata beliau memberikan bantuan kewangan kepada Khairy mengikut keadaan (keperluan), dan tidak memberikannya secara bulanan.

“Sumbangan untuk KJ, saya tidak bagi terus, saya urus sendiri. Maksudnya, kalau ada program yang perlukan bantuan saya akan bantu, saya boleh kawal dari segi kegunaan kewangan.

David Tan kata RM 3.7 juta

Bagaimanapun saksi ke 17 David Tan Siong Sun Bekas Pengurus Pentadbiran UKSB pada 17 jun memberitahu Khairy Jamaluddin turut menerima dana politik RM3.7 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

“Saya juga mengesahkan Khairy menerima dana politik RM3.7 juta daripada UKSB, manakala Reezal Merican menerima dana antara RM200,000 hingga RM300,000 secara sekali daripada syarikat,” katanya.

Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani (Wan Badak) merupakan bekas Pegawai khas KJ yang melarikan diri ke Indonesia ketika salah laku politik wang KJ dalam pemilihan umno satu ketika. Selepas pulih dia kembali ke Malaysia untuk membantu karier politik KJ sebelum menjadi kaya raya menyertai UKSB dengan gaji ratusan ribu sebulan.

Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani (Wan Badak) team utama KJ

1 Comment

Leave a comment