Pengarah Kanan Pelaburan MARA sabotaj Menteri KPLB halang skandal ‘5 Jahanam’ terbongkar!

Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui detik hitam selepas Pakatan Harapan memerintah mei 2018. Banyak peruntukan Pendidikan dipotong malah semua  penyaluran peruntukan bagi pelaburan baru dihentikan.

Pelantikan Dr Hasnita Hashim, Pengerusi Maybank Asset Management Group Bhd (MAMG) sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkuatkuasa 1 Oktober 2018 lebih memburukkan keadaan. Beliau liberal dan tidak berjiwa Melayu.

Pengalamannya sebagai Pengerusi MAMG dan juga ahli lembaga pengarah Maybank Banking Bhd (Maybank) tidak membantu MARA. Tugas pertamanya ialah cuba menutup semua subsidiari syarikat milik MARA yang tidak berkaitan dengan Pendidikan.

Dr Hasnita menggunakan Pengarah Kanan Pelaburan MARA ketika itu Datin Junaidah Abd Majid untuk menstruktur semua syarikat perniagaan MARA.

Cubaan Dr Hasnita itu dihidu rakyat dan dikecam menyebabkan penjualan, pelupusan syarikat MARA itu gagal

Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA ini sekarang digantikan dengan Mohd Diah Bin Abas bekas Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial.


Penamatan Dr Hasnita dan Ahli Majlis MARA

Selepas Kerajaan PN mengambil alih kerajaan pada penghujung februari 2020 sekitar bulan Mac Menteri KPLB Datuk Dr Latiff Ahmad menamatkan khidmat Dr Hasnita Hashim sebagai pengerusi Mara, hanya kira-kira 18 bulan memegang jawatan itu.

Turut ditamatkan perkhidmatan  ialah sejumlah ahli majlis Mara pro Tun M dan PH iaitu Jamelah Jamaluddin, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff, Nungsari Ahmad Radhi, Ameer Ali Mydin, Syed Tamim Ansari Syed Mohamed, Zakri Mohd Khir dan Ahmad Baslan Che Kassim.

Hari ini MARA masih memiliki 4 syarikat komersial, 12 syarikat perkhidmatan dan Latihan; 1 Yayasan, 1 syarikat di bawah jaminan iaitu German- Malaysian Institute (GMI); 5 syarikat dorman dan 2 syarikat bersekutu.

Kerugian Syarikat dan skandal rasuah

MARA tidak pernah lepas daripada skandal rasuah. Skandal MARA Inc pembelian bangunan di Australia yang menyebabkan pengerusinya didakwa di mahkamah, Skandal Tajaan UniKL kepada Pasukan Bola Sepak Kelantan, skandal pasukan hoki UniKL yang berbelanja mewah dengan duit MARA dan pelbagai skandal lagi menyelubungi MARA.

Kerugian anak syarikatnya mencecah jutaan ringgit. MARA menjadi penyalur dana tetapi syarikat terus mencatatkan kerugian.

CEO-ceo syarikat milik MARA menggunakan kedudukan mereka berbelanja tetapi keuntungan tidak seberapa. Hanya beberapa syarikat dikenal pasti berdaya saing menguntungkan MARA.

Rombakan MARA

Datuk Dr Latif Ahmad  Menteri KPLB sekali lagi cuba merombak MARA.  Beliau melantik Ahli Majlis MARA Baharu untuk mengubah hala tuju MARA tetapi mengekalkan misi MARA dalam bidang Pendidikan.

Beliau juga memperkasa semula Mara Corporation Sdn Bhd dengan melantik Datuk Dr Syed Muhamad Syed Kadir (Bekas CIMB Bank) sebagai Pengerusi Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp). Menteri turut melantik 4 lagi individu dalam Jawatankuasa Penasihat MARACorp.

Jawatankuasa yang dibarisi empat ahli penasihat itu berperanan membantu memperkukuhkan struktur tadbir urus korporat, di samping memantau program rasionalisasi Mara Corp dengan lebih teliti.

Mara Corp memainkan peranan melalui subsidiari di bawahnya untuk terlibat secara aktif dalam sektor kritikal ekonomi seperti aeroangkasa, pendidikan, perkhidmatan kewangan, hartanah, pengangkutan dan peruncitan. Ini bermakna semua syarikat MARA berada di bawah Mara Corp.

Sekalipun ramai melihat pelantikan Datuk Dr Syed Muhamad Syed Kadir sebagai Pengerusi MARA Corp sebagai satu kesilapan, pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan MARA Corp Datuk Badlisyah Abdul Ghani bulan september 2020 sebagai kesilapan terbesar Menteri KPLB.

Hanya 3 bulan Badlisyah Abdul Ghani sebagai CEO begitu banyak salahlaku CEO, berjuta dana dibazirkan sehinggalah pada disember tahun lalu Badlisyah diarahkan bercuti dan akhirnya dipecat.

Syor BACA ; CEO MARA Corp digantung! Kurang 2 bulan belanja hampir RM 1juta, arah lantik 56 ‘kroni’ bayar gaji cecah RM20 juta

Sabotaj Pengarah Kanan Pelaburan MARA

Memandangkan Menteri KPLB mengarahkan semua perniagaan MARA di bawah MARA Corp maka Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA Mohd Diah Bin Abas diminta menyusun semua syarikat perkhidmatan dan Latihan bernaung di bawah MaraCorp. Mohd Diah Bin Abas dilaporkan seorang penyokong tegar Pakatan Harapan.

Satu daripada syarikat itu ialah Universiti Teknikal MARA Sdn Bhd (UniKL) yang diberi peruntukan ratusan juta setahun. Mohd Diah Abas dilaporkan melambatkan kertas penstrukturan UniKL dan bersekongkol dengan pengurusan UniKL tidak mahu meletakkan UniKL di bawah Mara Corp.

Katanya Kerajaan PN tak lama lagi akan berkubur Menteri KPLB Datuk Dr Latiff Ahmad bakal ditukar tak lama lagi jadi beliau sengaja melambatkannya dan membiarkan.

Mohd Diah,  seorang Ahli Majlis MARA dan lebih 20 pegawai UniKL bersekongkol menggagalkan rancangan ini kerana mereka mahu mengawal sepenuhnya UniKL walaupun UniKL rugi berjuta dan mereka mendapat peruntukan terus daripada MARA.

Terdapat usaha Mohd Diah Abas cuba menutup skandal UniKL yang sebelum ini kontroversi.

DISYOR BACA

Pemangku CEO rombak UniKL secara besar-besaran sebelum CEO baharu dilantik agenda ‘sapu projek’ untuk kroni?

Bimbang skandal terbongkar, Kartel ‘5 jahanam’ cuba rombak UniKL kantoi!

Penggerak utama ‘5 Jahanam’ ialah Dato’ Amir Azhar Ibrahim Chief Marketing & Planning Officer (CMPO) yang memang penuh skandal di UniKL.

Berikut senarai penuh team ‘5 Jahanam’ dan team UniKL yang cuba menggagalkan UniKL diletakkan di bawah Mara Corp iaitu;

LEVEL 31
PROF. DATO’ DR AZANAM SHAH HASHIM
Deputy President (International, industrial & Institutional Partnership)

PROF. DATO’ DR KHAIRANUM SUBARI
Deputy President (Student Development & Campus Lifestyle)

DATO’ AMIR AZHAR IBRAHIM
Chief Marketing & Planning Officer

JUNAIDA AHMAD TARMIZI
Manager

LEVEL 30

MARIAM YAHAYA
General Manager (Infrastructure & Asset Management Division)

MOHD AZHAR MOHD
Manager (Infrastructuur & Asset Management Division)

JURAYA DOLIT
Senior Manager  (Corporate Communication Department)

LEVEL 28

NIK ELIZA NIK OMAR
Chief Financial Officer

YUSMAIDA YUSOF
Assistant General Manager (Group Finance)

AZLIANA MOHAMED
Senior Manager (Procurement Division)

LEVEL 27

ARAFIAH AMAN
Manager (Group People Management & Team Culture Division)

LEVEL 26

NORLAILA MOHD PILUS
Senior Manager (Industrial Linkages Division)

LEVEL 25

ASSOC. PROF. DR ZALIZAH AWANG LONG
Dean UniKL MIIT

LEVEL 23

NOR ZUNAINI ABD KADIR
Director (Center For Preparatory Studies)

LEVEL 22

ASSOC. PROF DR AHMAD NAIM AHMAD YAHAYA
Dean IPS

LEVEL 17

MAZLI HASHIM
General Manager (Information Technology Division)

LEVEL 16

ANUAR BERAHIM
General Manager (URSB & ACE)

NORHAYATI ALI
Senior Manager (ACE)

SHALIEZA RAZALI
Assistant Manager (ACE)

INSTITUTE

HISSHAMUDDIN OMAR
Head of Campus (RCMP)

JALDIN AHMAD
UniKL MIAT

Leave a comment