Ida Rahayu saman Menteri Rina Harun tidak bayar hutang RM130,000

Pada September 2020 kecoh isu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun dilaporkan berhadapan saman muflis selepas berhutang dengan sebuah syarikat produksi filem dan televisyen yang berpusat di Paris sebanyak RM1.9 juta.

Rina dikatakan membuat pembelian satu rancangan komedi dan dokumentari hampir 10 tahun yang lalu dari syarikat Sarl Novovision yang terkenal dengan tayangan video lucu, dan gagal membuat bayaran untuk kandungan berkenaan.

Syarikat berkenaan kemudiannya mengeluarkan beberapa invois kepada syarikat Rina yang kini sudah tidak berfungsi iaitu Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd dan Fine TV Network Sdn Bhd antara tahun 2011 hingga 2013.

Untuk rekod, selain Rina sebagai Pengarah syarikat, seorang lagi wanita Ida Rahayu Md Noor juga salah satu pengarahnya dan telah diisytiharkan bankrup pada 5 October 2015. Ida Rahayu menjadi orang kanan kepada Rina ketika menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Bagaimanapun pada bulan Februari 2021 Rina Harun selesai melunaskan hutang lebih RM1 juta kepada syarikat penerbitan program televisyen dan filem yang berpangkalan di Paris itu sehingga mencetuskan isu siapa membayar hutang Rina sehingga beliau mampu mengumpul wang lebih RM 1 juta. PH mempersoalkan bertalu-talu.

Bagaimanapun situasi berubah kini apabila rakan dan bekas orang kanan Rina, Ida Rahayu menyaman kembali Rina pada ogos lalu.

Menurut saman Ida Rahayu itu Rina Harun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih tidak membayar hutang bernilai RM130,000 sejak tahun 2009 ketika urusan pembelian operasi perniagaan francais JM Beriani House Alamanda daripada Secret Heritage Sdn Bhd.

Ida Rahayu telah bersetuju memberi pinjaman kepada Rina Harun dengan terma pembayaran RM1000 sebulan selama 130 bulan bermula 1 Mac 2019. Writ saman Ida Rahayu kepada Rina Harun boleh dirujuk seperti berikut.

Leave a comment