Skandal Rasuah, salahgunakuasa Naib Canselor UniSZA disingkirkan!

Berita tentang penahanan menjalankan tugas sebagai Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan  telah tersebar luas. Ada yang mempersoalkan surat penahanan kerja tersebut dikeluar dan ditandatangan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah (LPU). Sedangkan pada kebiasaannya surat penamatan atau penahanan kerja seseorang Naib Canselor hanya dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi.

Bagaimanapun surat penahanan itu lebih merujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib mengikut Akta Badan-badan berkanun (Tatatertib dan surcaj) 2000 (Akta 605) merujuk kepada salahlaku Naib Canselor itu di UniSZA. Ada skandal rasuah dan salahguna kuasa maka disingkirkanlah.

Persoalan mereka adakah Pengerusi LPU telah melampaui kuasa YB Menteri yang melantik Naib Canselor? atau YB Menteri terpaksa tunduk dengan keputusan Ahli LPU UniSZA di saat beliau tahu kuasa memecat atau menahan kerja seseorang Naib Canselor adalah dalam ruang lingkup kuasanya seperti mana yang digariskan oleh AUKU.

Kebiasaan seperti ini laporan Tatatertib telah dihantar kepada Menteri KPT dan Lembaga LPU serta jawatankuasa tatatertib untuk tindakan penggantungan. Pengerusi dalam kontek surat hanya memaklumkan ARAHAN PENAHANAN dan bukan sebagai Pengerusi memecat atau menggantung Naib Canselor. Kemungkinan paling besar Menteri Pengajian Tinggi telah memberi penurunan kuasa kepada Pengerusi LPU untuk menandatangani surat makluman penahanan kerja sebagai Naib Canselor itu di UniSZA.

Begitu juga arahan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof.Dr. Mohamad Afandi bagi pemendekan tempoh perlantikan beliau dari YB. Menteri Pengajian Tinggi. Tempoh beliau memegang jawatan TNCHEPA sepatutnya berakhir pada bulan November 2021. Pemendekan kontrak juga adalah perkara biasa di Universiti.

Sehingga kini tiada perlantikan pemangku atau menjalankan fungsi Naib Canselor. Nampaknya Menteri Pengajian Tinggi  nampaknya belum membuat pelantikan lagi. Sama ada surat pengerusi itu sah atau tidak adalah bergantung jika Menteri Pengajian Tinggi memberi kuasa kepada Pengerusi LPU.

Mungkinkah ini sebahagian usaha Menteri Pengajian Tinggi untuk menyingkirkan geng IKRAM atau bekas Naib Canselor yang dilantik oleh Dr Maszlee Menteri Pendidikan PH yang lawak dulu?

Ketika PH berkuasa Dr Muhammad Nur Manuty Pengerusi PKR Perak diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA 1 Oktober sehingga disingkirkan ketika pertukaran kerajaan pada tahun 2020. Pelantikan Dr Muhammad Nur Manuty ketika itu turut dikecam kuat.

Kini beberapa pihak mempersoalkan tugas  Tan Sri Dato’ Seri Dr. Abdullah bin Md Zin Pengerusi LPU yang sebelum ini bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) selain penglibatannya dengan parti UMNO. Bagaimanapun dari sudut kelayakan sebagai Pengerusi beliau layak kerana latar belakang akademik sebagai pensyarah di beberapa Universiti Awam di negara ini.

Skandal Naib Canselor UniSZA

Menurut laporan Naib Canselor dilaporkan menipu elaun rumah RM60,000, melanti kontrak Latihan RM6 juta secara rundingan terus kepad kroninya.

Dr Hassan Basri juga melantik firma guaman dengan fee RM180,000 sedangkan Unisza mempunyai penasihat undang-undang sendiri. Bayaran guaman itu dilihat sangat tidak perlu.

Ketika Dr Maszlee sebagai Menteri pada tahun 2019 lebih 15 kali ke luar negara termasuk menyertai Dr Maszlee dan lebih kepada melawat anak di luar negara.

Leave a comment