Lagi bukti dokumen maybank buktikan Hakim Nazlan terkait kes 1MDB

Nampaknya hari demi hari ada saja pendedahan baru mengenai kes 1MDB mengaitkan Hakim kes itu Datuk Nazlan menerima wang daripada Jho Low hasil wang 1MDB. SPRM turut mengesahkan menyiasat penerimaan wang tidak jelas Hakim Nazlan itu.

Raja Petra Kamaruddin teruss membongkar lagi selepas bukti bertulis Maybank Investment Bank Bhd mendapat kontrak bernilai RM800,000 bukan sahaja untuk menyediakan pelan dan struktur SRC International tetapi juga “to manage”, untuk mentadbir syarikat tersebut.

Maybank (yakni teamnya yang termasuk Si Nazlan) mentadbir-urus SRC International bagi pihak 1MDB.

Sejurus selepas SRC di tubuhkan, sejumlah RM42 juta di hantar dari 1MDB ke SRC International tanpa pengetahuan DSN. Siapa tahu transfer ini? CEO 1MDB dan team Maybank termasuklah Si Nazlan.

Duit RM42 juta inilah yang DSN di tuduh menggunakan kuasanya untuk kegunaan DSN.

RM42 juta inilah yang kemudiannya di transferkan ke akaun DSN, juga tanpa pengetahuannya dan Nazlan juga terlibat dalam transaksi ini.

RPK dikatakan bakal mendedahkan lagi beberapa e-mel sebagai bukti.

Jika pendedahan ini meluas ini akan menunjukkan Hakim Nazlan punya kepentingan dalam kes ini untuk menyerang dan memenjarakan Najib.

1 Comment

Leave a comment