[VIDEO] Hilman SUPOL Azmin kantoi lagi video bersama GRO mabuk di Hotel Dorsett Hartamas KL

KUALA LUMPUR –  Muhammad Hilman Idham Setiausaha Politik Azmin Ali kantoi lagi apabila hari ini tular video beliau memasuki bilik hotel bersama beberapa orang wanita.

Kredit Video Mgazette. Untuk video yang lebih jelas sila Klik link ini FB Iqbal

Video berdurasi enam saat itu menunjukkan Hilman yang juga Adun Gombak Setia dipeluk seorang wanita dan diikuti rapat dua wanita lain bersama seorang lelaki yang juga dikenali sebagai Adi Ikmal Bendahari Bersatu Putrajaya (Baju putih).

Adi Ikmal orang kanan kepercayaan Hilman merupakan Ketua Pemuda Negara Wilayah Persekutuan yang diketuai Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin yang juga Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Dalam video yang tular kelihatan wanita itu dipercayai dalam keadaan mabuk memaut bahu lelaki berkenaan untuk ke bilik hotel Dorsett Hartamas KL. Siapa wanita itu? Menurut sumber ialah GRO kelab malam.

Video yang direkodkan pada Mei tahun lalu melalui kamera litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik pengguna Facebook.

Jun 2019 ketika kecoh video Azmin dan Haziq di Hotel Four Points Sandakan, Hilman membuat laporan polis kononnya video semburit itu palsu. Katanya Azmin tidak pernah bertemu Haziq di Sandakan.

Namun selepas itu kantoi pula Video ‘Rakaman CCTV Four Points’ menunjukkan wajah dan juga Haziq Abdul Aziz mundar mandir di aras Hotel Four Points tempat Azmin Ali menginap. Video Azmin dan Haziq ini kekal misteri hingga sekarang

Kali ini Hilman Idham tampil video baru dengan GRO mabuk pusat hiburan ke biliknya.

3 Comments

Leave a comment